Permohonan Kemasukan Ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia Sesi 2011/2012.
Permohonan Kemasukan Ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia Sesi 2010/2011 bagi pelajar Tingkatan 5 Tahun 2010 akan mula dibuka pada 1 Julai 2010 hingga 10 Oktober 2010. Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan HANYA Permohonan Melalui Internet (PMI).
Cara Permohonan.
i.
Pelajar sekolah tersebut perlu membayar RM6.00 kepda kaunselor/guru yang
bertanggungjawab mengurus PMI di sekolah berkenaan.
Kaunselor/guru mengisi borang pesanan yang dikirim oleh Bahagian Matrikulasi
pada ruangan yang berkenaan dan menyediakan senarai nama pelajar dan nombor kad
pengenalan mereka. Borang pesanan ditunjukkan di kaunter Bank Simpanan
Nasional(BSN).
Senarai nama pelajar dan nombor kad pengenalan mereka diberikan kepada
kerani kaunter di BSN untuk tujuan merekodkan nombor kad pengenalan pada resit
BSN dan diambil kembali selepas urusan merekod selesai.
ii.
Pelajar juga boleh membeli nombor PIN di mesin ATM BSN. (bagi pemegang kad
akaun Giro/Wadiah BSN Sahaja).
Sila ikut arahan yang tertera di skrin mesin ATM bagi permohonan Matrikulasi KPM.
Nombor PIN akan tercetak di slip yang dikeluarkan oleh mesin tersebut.
Sekiranya anda tidak mempunyai Kad Pengenalan ATAU mendapat Kad
Pengenalan selepas pendaftaran SPM, sila gunakan nombor Lembaga
(No LPM) seperti yang tercatat dalam slip pendaftaran SPM tahun semasa
untuk membuat permohonan melalui internet (PMI) di kaunter BSN sahaja.
Kaunselor/guru akan kemana-mana cawangan BSN dan membayar RM6.00 bagi setiap
pelajar. Bayaran dibuat atas nama 'Pengarah Bahagian Matrikulasi KPM' dengan
nombor akaun: 1410 0290 0021 1897 dan kod organisasi pada slip BSN
ditulis dengan nombor kod: A2657500. (Klik di sini - Contoh Resit BSN)
Kaunselor/guru pastikan maklumat yang dicetak pada resit BSN betul seperti yang
sepatutnya. Maklumat mesti tercetak pada resit BSN ialah:
Pengarah Bahagian Matrikulasi KPM (BUKAN BPKP, Jab. Pengajian Tinggi, BPG dsbnya)
Nombor akaun: 1410 0290 0021 1897
Nombor Kad Pengenalan Pelajar
Nombor PMI 5 Digit.
Pelajar menerima salinan resit BSN daripada kaunselor/guru. Pelajar boleh memohon
dengan melayari web Kementerian Pelajaran Malaysia KPM di
http://www.moe.gov.my mulai 1 Julai hingga 10 Oktober 2010 dengan
memasukkan nombor kad pengenalan DAN nombor PMI.